Kelas Asas Microsoft Office (Powerpoint)

18 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 17 Disember 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas Ict iaitu kelas MS Powerpoint dengan berfokuskan penghasilan animasi menggunakan MS Powerpoint. Kelas ini disertai 3 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar sekitar Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini bertujuan bagi membekalkan kemahiran menghasilkan animasi dalam kalangan belia. Dalam kelas ini, para peserta telah diajar cara memanfaatkan ribon yang terdapat pada Ms Powerpoint untuk menghasilkan animasi. Antara butang yang diketengahkan dalam penghasilan animasi pada kelas ini adalah seperti shape, shape fill, gradient, format shape, online picture, animation dan sebagainya. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah ditayangkan video Klik Dengan Bijak iaitu Buli Siber.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Ms Powerpoint
  • Latihan Menghasilkan Animasi
  • Tayangan Video KDB (Buli Siber)
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali