Kelas Multimedia (Asas Animasi) Minggu Kedua

11 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Februari 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Multimedia bersama pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu. Kelas ini telah dihadiri seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada belia pelajar sekolah Menengah. Kelas ini diadakan pada jam 10.30 pagi hingga 12.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan multimedia kepada pelajar sekolah bagi mengasah dan mengembangkan idea dan bakat dikalangan pelajar disamping memperkenalkan dan menarik minat dalam bidang multimedia di kalangan peserta serta memperkenalkan program advokasi kepada komuniti.

Antara kelebihan aktiviti sepanjang kelas ini adalah, memberi pendedahan kepada peserta mengenai animasi,mengembangkan bakat serta idea peserta dalam menghasilkan animasi dan juga peserta mempelajari cara menghasilkan animasi yang mudah menggunakan powerpoint.Peserta juga didedahkan dengan taklimat dan tayangan video advokasi bagi tujuan memberi kesedaran mengenai keselamatan dan tanggujawab sebagai pengguna internet,terutama di golongan anak-anak muda agar mereka akan lebih peka apabila melakukan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan internet.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa Kelas Asas Animasi:

  • Taklimat ringkas dan tayangan video advokasi – Pengawasan kanak-kanak dalam talian.
  • Pengenalan kepada Animasi dan kelebihan animasi.
  • Menghasilkan animasi mudah menggunakan powerpoint

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali