Kelas Asas ICT Minggu Ketiga

19 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 18 Oktober 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu kelas Microsoft Publisher. Kelas ini disertai 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan komuniti di sekitar kawasan Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini diadakan bertujuan memperkasakan dan menggalakan generasi muda memperkembangkan kreativiti mereka melalui kemudahan ICT yang disediakan. Dalam kelas ini, para pelajar telah menghasilkan kalender menggunakan publisher. Kelas ini juga telah membantu para peserta dalam memperluaskan pengetahuan dalam penggunaan Microsoft Publisher.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Asas Ict (Ms. Publisher)
  • Latihan menggunakan Ms. Publisher
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali