Kelas Asas ICT Minggu Kedua

14 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 13 Oktober 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu kelas Microsoft Powerpoint. Kelas ini telah dihadiri seramai 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar di sekitar kawasan Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi mengalakkan generasi muda menterjemahkan kreativiti mereka melalui kemudahan ICT yang sedia ada. Dalam kelas ini, para pelajar telah menghasilkan slaid pembentangan berkaitan dengan perayaan di Malaysia. Kelas ini juga telah membantu para pelajar dalam memperkembangkan pengetahuan dalam penggunaan Microsoft powerpoint.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Asas Ict (Ms. Powerpoint)
  • Latihan menggunakan Ms. Powerpoint
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali