Kelas Basic ICT Minggu Keempat

27 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad - 26 Mei 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Basic Ict. Kelas ini telah dihadiri seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 4.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Tujuan kelas ini diadakan bagi melengkapi para peserta dengan pengetahuan dan kemahiran Ict.

Selain itu, dalam kelas ini para peserta telah didedahkan dengan setiap fungsi dan kompenen komputer. Tambahan pula, para peserta juga telah diajar cara memanfaatkan Microsoft Word. Peserta telah diterangkan dengan setiap ribbon dan fungsi yang ada pada setiap ribbon. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah membuat latihan menggunakan Microsoft Word dan kuiz telah diadakan bagi membantu para peserta memahami dengan lebih mendalam tentang kelas yang telah diadakan.

Antara aktiviti dan latihan yang diadakan sepanjang kelas adalah seperti berikut:

  • Pengenalan kepada Komponen Komputer
  • Pengenalan kepada Microsoft word.
  • Latihah menggunakan Ms Word
  • Kuiz Ms Word dan Komponen Komputer
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali