Kelas Asas ICT Minggu Ketiga

21 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas ICT bersama pelajar-pelajar sekitar Lubok Antu. Kelas ini telah dihadiri seramai 6 orang peserta. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 3.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan ICT kepada pelajar sekolah.

Selain itu, kelas ini diharapkan dapat memperlengkapi para pelajar dengan kemahiran ICT yang baru. Melalui kelas tersebut, para pelajar telah didedahkan dengan cara menghasilkan stiker perniagaan menggunakan Microsoft Publisher. Para pelajar telah dibimbing oleh staf Pusat Internet sepanjang proses menghasilkan stiker tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa Kelas ICT adalah:

  • Pengenalan kepada Miocrosoft Publisher
  • Mempelajari cara menggunakan setiap ribbon yang ada pada Microsoft Publisher
  • Menghasilkan stiker menggunakan Microsoft Publisher

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali