Kelas Asas Fotografi(Multimedia) Minggu Kedua

14 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Januari 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas ICT bersama belia Lubok Antu. Kelas ini telah dihadiri seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada belia pelajar sekolah Menengah. Kelas ini diadakan pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan ICT kepada belia dan pelajar sekolah bagi mengembangkan kreativiti serta bakat mereka dalam bidang fotografi.

Disamping itu juga ,dapat menyemai minat peserta dalam bidang fotografi dan mempelajari cara mengubahsuai gambar yang mudah menggunakan powerpoint.Antara akitiviti tambahan yang diadakan adalah memperkenalkan program advokasi kepada peserta dimana mereka didedahkan dengan aktiviti dan taklimat yang berkaitan dengan keselamatan dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna internet masa kini.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa Kelas Asas Fotografi:

  • Taklimat program advokasi dan klik dengan bijak
  • Tayangan video advokasi Pengawasan kanak-kanak dalam talian.
  • Pengenalan kepada asas fotografi.
  • Mempelajari teknik-teknik fotografi yang mudah dan betul.
  • Menggabungkan dua gambar dan mengubahsuai menggunakan Microsoft Powerpoint.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali