Kelas Asas Animasi(Multimedia) Minggu Kedua

14 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Januari 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas ICT bersama belia Lubok Antu. Kelas ini telah dihadiri seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada belia pelajar sekolah Menengah. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 4.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan ICT kepada belia dan pelajar sekolah bagi mengasah dan mengembangkan idea dan bakat dikalangan belia atau pelajar disamping memperkenalkan dan menarik minat bidang multimedia di kalangan peserta serta memperkenalkan program advokasi kepada komuniti.

Antara kelebihan aktiviti sepanjang kelas ini adalah, memberi pendedahan kepada peserta mengenai animasi,mengembangkan bakat serta idea peserta dalam menghasilkan animasi dan juga peserta mempelajari cara menghasilkan animasi yang mudah menggunakan powerpoint.Peserta juga didedahkan dengan taklimat dan tayangan video advokasi bagi tujuan memberi kesedaran mengenai keselamatan dan tanggujawab sebagai pengguna internet,terutama di golongan belia agar mereka akan lebih berjaga dalam melakukan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan internet.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa Kelas Asas Animasi:

  • Taklimat ringkas dan tayangan video advokasi – Pengawasan kanak-kanak dalam talian.
  • Pengenalan kepada Animasi dan kelebihan animasi di pasaran dunia.
  • Menghasilkan animasi mudah menggunakan powerpoint

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali