Kelas Asas ICT MS Word (Kalender)
6 Januari 2019 | Aktiviti Terkini
Pada Ahad – 5 Januari 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu kelas membuat kalender menggunakan Microsoft Office Word. Kelas ini disertai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar SMK Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Kelas ini diadakan untuk memberi latihan ict kepada para pelajar secara berterusan sekaligus menededahkan kepelbagaian penggunaan MS Word.
Dalam Kelas ini, para pelajar diajar membuat Kalender menggunakan template yang sedia ada dalam MS Word dan membuat penyuntingan mengikut kreativiti masing-masing. Para pelajar diajar bagaimana menukar gambar dan memuatnaik gambar secara online sekaligus memilih gambar yang bersesuaian. Disamping itu, para pelajar juga diajar menukar font, picture style, picture layout, serta memasukkan perkara yang berkaitan dengan jadual sepanjang bulan januari seperti membuat remark perkara-perkara penting. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta diberi taklimat ringkas dan tayangan video advokasi iaitu berkaitan dengan Check Your Label.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada kepelbagaian fungsi MS Word
- Pemilihan jenis kalender
- Merekabentuk dan menghasilkan kalender
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: