Ceramah Klik Dengan BIjak & Advokasi Minggu Kedua
12 Mei 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 11 Mei 2019 Pusat Internet Lubok Antu berkerjasama dengan Pusat Internet Engkelili dan Melugu telah mengadakan ceramah Advokasi & Klik Dengan Bijak pada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di TR.Wilson Bana Po Ai Dau, Melugu. Ceramah ini telah dihadiri seramai 153 orang penduduk rumah panjang tersebut. Melalui program ini, para peserta juga telah didedahkan pengenalan kepada Pusat Internet.
Selain itu, antara topik yang di ketengahkan pada program tersebut adalah seperti panggilan palsu, perisian kawalan ibu bapa, E-sisa, maklumat palsu dan bahaya terlebih kongsi. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta juga telah ditayangkan video berkongsi secara berlebihan serta maklumat palsu. Ceramah ini adalah bertujuan untuk menerapkan sikap berwaspada dalam melayari internet pada masa kini disamping memberi penerangan tentang tindakan yang seharusnya diambil sekiranya berhadapan dengan jenayah siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: