Asas ICT(Pengenalan Kepada Komputer) Minggu Ketiga

24 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu - 23 Mac 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu Pengenalan kepada komputer. Kelas ini telah dihadiri seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar,surirumah dan usahawan tempatan. Kelas ini diadakan pada jam 2.00 petang hingga 4.30 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu komuniti merapatkan jurang digital diantara bandar dengan luar bandar disamping memperkenalkan Pusat Internet kepada komuniti setempat. Ini kerana,kemahiran komputer adalah satu keperluan mendepani era digital masa kini,lebih-lebih lagi golongan muda yang ingin menguasai pelbagai maklumat terkini dan melangkah maju dalam kerjaya diceburi.

Kelebihan dan kebaikan kelas ini diadakan antara nya ialah peserta berpeluang untuk mempelajari kemahiran menggunakan komputer dan perisian yang terdapat pada komputer.Selain itu,membantu peserta memahami kegunaan komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada situasi hidup harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan maklumat dimana peserta dalam memahami konsep kesedaran juga pengalaman dan pengendalian komputer dan menyedarkan peserta kepada pengetahuan mengenai cara komputer digunakan dalam masyarakat,kesan kegunaannya terhadap social dan ekonomi serta kesannya terhadap kehidupan manusia.Selain itu,tayangan video dan taklimat ringkas advokasi juga diadakan bagi memberi kesedaran kepada peserta tentang keselamatan sebagai pengguna internet.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang kelas adalah :

  • Tayangan video pendek program Advokasi – Penipuan Internet
  • Taklimat ringkas mengenai penipuan internet.
  • Memperkenalkan Pusat Internet serta kegunaan kepada masyarakat setempat.
  • Memperkenalkan kepentingan komputer dan cara menggunakannya.
  • Mempelajari asas bagaimana cara dan teknik untuk menggunakan papan kekunci,tetikus dan fungsi pada setiap bahagian tersebut.
  • Mempelajari asas sistem operasi,perisian dan aplikasi yang terdapat pada komputer.
  • Aktiviti latihan menaip menggunakan notepad.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali