Pengenalan Kepada Internet dan Email Minggu Kedua

17 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 16 August 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu kelas Pengenalan kepada Internet dan Email. Kelas ini telah dihadiri seramai 3 orang peserta yang terdiri daripada suri rumah dalam sekitar kawasan Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini diadakan adalah bagi memenuhi permintaan peserta yang ingin mempelajari penggunaan email dan internet. Dalam kelas ini, para peserta telah diperkenalkan dengan fungsi-fungsi internet dan email. Dengan adanya kelas ini, para peserta lebih memahami manfaat yang terdapat pada email dan internet yang dapat dimanfaatkan oleh mereka. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan taklimat ringkas Klik Dengan Bijak dan tayangan video Maklumat Palsu. Taklimat dan tayangan video ini adalah untuk mendedahkan para peserta dengan kesalahan di dunia siber yang membahayakan seperti berkongsi maklumat palsu di laman sosial media.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Taklimat dan tayangan video KDB & Advokasi (Maklumat Palsu)
  • Pengenalan kepada Asas Ict (Internet & Email)
  • Latihan menggunakan Internet dan Email
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali