Pengenalan Kepada ICT & Ms Office Minggu Kedua

14 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 13 Ogos 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas ICT dan Asas Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Kelas ini telah dihadiri seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar di sekitar kawasan Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memperkenalkan Asas Ict iaitu kompenen komputer kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah. Selain itu, para peserta juga telah didedahkan dengan Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Para peserta telah diarahkan untuk menghasilkan surat rasmi yang bertemakan kemerdekaan bagi mengalakkan kemahiran menaip dalam kalangan peserta. Tambahan pula, para peserta juga diterangkan cara menghasilkan header, footer, page number, table dan sebagainya. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan taklimat ringkas Klik Dengan Bijak dan tayangan video Buli Siber. Taklimat ini adalah bagi membantu para peserta mengenal pasti jenayah siber yang berkemungkinan berlaku dalam kalangan mereka.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Taklimat dan tayangan video KDB & Advokasi (Buli Siber)
  • Pengenalan kepada Asas Ict (Komponen Komputer)
  • Pengenalan kepada Ms. Office (Ms. Word)
  • Latihan menggunakan Ms. Office
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali