Kelas Asas ICT Minggu Kedua

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 17 August 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas ICT. Kelas ini telah dihadiri seramai 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar di sekitar kawasan Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini diadakan adalah bagi mengadakan aktiviti sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke 62 Tahun. Dalam kelas ini, para peserta telah diarahkan untuk memanfaatkan youtube bagi mencari video rujukan dalam menghasilkan orgami. Hal ini adalah bagi membuka minda para peserta bahawa youtube juga mengandungi video yang bermanfaat dan menarik seperti tutorial-tutorial dan video yang mengandungi maklumat. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan taklimat ringkas Klik Dengan Bijak dan tayangan video cyber grooming.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Taklimat dan tayangan video KDB & Advokasi (Cyber Grooming)
  • Penerangan tentang aktivit sempena Bulan Kemerdekaan
  • Mencari video tutorial dan latihan menghasilkan orgami
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali