Asas ICT(Internet dan Email) Minggu Ketiga

25 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad - 24 Mac 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu Pengenalan Internet dan email. Kelas ini telah dihadiri seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar,surirumah dan usahawan tempatan. Kelas ini diadakan pada jam 2.00 petang hingga 4.30 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu komuniti merapatkan jurang digital diantara bandar dengan luar bandar disamping memperkenalkan Pusat Internet kepada komuniti setempat.

Kemahiran komputer satu keperluan mendepani era digital masa kini,lebih-lebih lagi golongan muda yang ingin mengusai pelbagai maklumat terkini dan melangkah maju dalam kerjaya diceburi. Antara kelebihan penggunaan internet dan email kepada peserta adalah peserta bermanfaat untuk mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat dimana mereka juga dapat menyelsaikan pelbagai urusan seharian seperti membayar bil dan urusan perbankan. Selain itu,dapat berkomunikasi pada jarak jauh dan jarak dekat malah merentasi lautan diseluruh dunia.

Manfaatnya kepada Ibu bapa juga akan mudah mendapat dan menyemak keputusan peperiksaan anak-anak secara cepat dan berkesan, memudahkan urusan pembelian barang sekali gus menjimatkan masa dan kos dan akhir sekali peserta menghasilkan akaun email personal dan mempelajari fungsi dan cara setiap butang yang terdapat pada email.Tayangan video dan taklimat program advokasi seperti akibat terlebih berkongsi maklumat di media social bagi memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya privasi dan keselamatan maklumat peribadi di media social atau internet.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kelas adalah seperti berikut :

  • Tayangan video pendek program Advokasi – Akibat terlebih berkongsi di Media Sosial.
  • Pengenalan kepada internet.
  • Pengenalan kepada Email
  • Menghasilkan akaun email personal

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali