Kelas Asas ICT Minggu Kedua
18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini
Pada Ahad – 17 August 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu kelas Microsoft Word. Kelas ini telah dihadiri seramai 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar di sekitar kawasan Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.
Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memperkasakan kemahiran Ict dalam kalangan komuniti khursusnya dalam kalangan belia. Dalam kelas ini, para peserta telah ditekankan dengan cara menggunakan butang find and replace, undo and redo, bullet, numbering, header dan footer. Hal ini kerana, para peserta telah diarahkan untuk menghasilkan sebuah cerpen yang bertemakan kemerdekaan. Melalui kelas ini, para peserta juga diharapkan dapat mendalami fungi-fungsi butang mahupun ribbon yang terdapat pada Microsoft Word. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan taklimat ringkas Klik Dengan Bijak dan tayangan video KDB Merisik. Taklimat dan tayangan video ini adalah untuk membuka minda para peserta tentang kesalahan siber.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Taklimat dan tayangan video KDB & Advokasi (KDB Merisik)
- Pengenalan kepada Asas Ict (Ms. Word)
- Latihan menggunakan Ms. Office
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: