Kelas E-Learning

23 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 22 Oktober 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas E-Learning. Kelas ini disertai 5 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru tadika KEMAS dari sekitar kawasan Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.30 petang hingga 3.30 petang bertempat di Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini diadakan bagi membantu guru-guru KEMAS dalam pengurusan profile dan menggisi maklumat ke dalam portal HRMIS. Tambahan pula, para peserta telah diajar cara membuat pencarian menggunakan google crome. Selain itu, para peserta juga telah didedahkan dengan cara yang betul untuk log masuk ke dalam Portal HRMIS menggunakan akaun sendiri. Di samping itu, para peserta juga telah didedahkan dengan cara mengisi maklumat peribadi ke dalam portal tersebut.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Google Crome dan Portal HRMIS
  • Pengurusan Profile menggunakan Portal HRMIS
  • Mengisi data/maklumat ke dalam Portal HRMIS
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali