Kelas Asas ICT (MS Excel)

22 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 21 Disember 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu kelas MS Excel bersama pelajar dari sekitar Lubok Antu. Seramai 3 orang pelajar yang menyertai kelas MS Excel ini. Kelas ini diadakan selama 3 jam iaitu dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Dalam kelas ini, para peserta telah didedahkan dengan cara membuat carta bagi pebelanjaan peribadi menggunakan Ms Excel. Selain itu, peserta telah diajar cara mengisi data, memasukan jadual dan cara mengira data secara automatik. Tambahan pula, peserta dalam kelas ini juga telah belajar cara menukar font tulisan, menukar warna latar belakang dan membesarkan saiz tulisan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada MS Excel
  • Latihan menggunakan MS Excel (Carta)
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali