Kelas Asas ICT (MS Excel)

16 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 15 Disember 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu kelas MS Excel bersama pelajar dari sekitar Lubok Antu. Seramai 4 orang pelajar yang menyertai kelas MS Excel ini. Kelas ini diadakan selama 4 jam iaitu dari jam 13.00 pagi hingga 17.00 tengah hari bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini bertujuan menambahkan pengetahuan para peserta dalam penggunaan Microsoft Excel. Para peserta di ajar membuat jadual menggunakan excel, memasukkan data dan nombor menggunakan series, mengira jumlah menggunakan sum, cara memasukkan dan memadamkan cell, dan menukar cell kepada pelbagai jenis bentuk. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan ceramah Klik Dengan Bijak secara ringkas.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Ceramah dan Tayangan Video KDB
  • Pengenalan kepada MS Excel
  • Penerangan tentang MS Excel
  • Latihan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali