Kelas E-Learning (Prezi)

18 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 17 December 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas E-Learning iaitu kelas prezi. Kelas ini disertai 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar di sekitar kawasan Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini diadakan bagi mendedahkan peserta dengan penghasilan slaid pembentangan yang lebih menarik. Dalam kelas ini juga para peserta digalakkan untuk mengeksplorasi setiap fungsi butang yang terdapat pada prezi. Selain itu, dengan ada nya kelas ini, para peserta dapat mempelajari sesuatu yang baru dan bermanfaat untuk kegunaan pembentangan kerja kursus mereka pada tahun hadapan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Prezi
  • Latihan Menggunakan Prezi
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali