Kelas E-Learning - Kerjaya (SPA dan Job Malaysia)

13 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis – 12 Disember 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas E-Learning iaitu mengisi SPA dan Job Malaysia bersama belia dari sekitar Lubok Antu. Seramai 2 orang peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini diadakan pada jam 1.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Kelas ini bertujuan untuk mengajar belia dalam mencari kerjaya dengan mengisi laman web kerjaya yang kini banyak digunakan oleh orang ramai. Para peserta diajar mendaftar akaun dalam website SPA dan juga Job Malaysia. Para pserta membuat akaun dengan bimbingan staff PIM.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada website SPA dan Job Malaysia
  • Membuka akaun SPA dan Job Malaysia (dengan bimbingan staff PIM)
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali