Ceramah Program Klik Dengan Bijak & Advokasi Minggu Ketiga

21 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan ceramah program advokasi dan klik dengan bijak. Peserta ini telah dihadiri seramai 9 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah Menengah. Kelas ini diadakan pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada para peserta mengenai pentingnya keselamatan sebagai pengguna internet dan media sosial.Topik ceramah yang dikongsi dan dibincangkan kepada peserta adalah Pengurusan Risiko dalam talian.

Tujuan topik ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada kita sebagai pengguna tentang bahaya dan risiko dalam talian,antara yang merangkumi topik yang dibincangkan adalah seperti terlebih kongsi maklumat,maklumat palsu,penipuan kewangan,penggodam,keganasan siber,keselamatan komputer dan kawal selia diri.Peserta juga telah didedahkan dengan bagaimana untuk menghindari risiko dalam talian.Sesi soal jawab bersama peserta ceramah juga telah diadakan bagi menguji sejauh mana pemahaman mereka terhadap topik yang dibincangkan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah :

  • Tayangan video Advokasi ( 5 jenis penipuan internet & Phising)
  • Ceramah advokasi – Pengurusan risiko dalam talian.
  • Sesi soal jawab bersama peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali