Kelas Asas ICT MS Word (Tanda Nama Buku)
6 Januari 2019 | Aktiviti Terkini
Pada Ahad – 5 Januari 2020, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas asas ICT iaitu kelas membuat tanda nama buku menggunakan Microsoft Office Word. Kelas ini disertai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar SMK Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.
Kelas ini diadakan untuk memberi latihan ict kepada para pelajar secara berterusan sekaligus mendedahkan kepelbagaian penggunaan MS Word. Dalam Kelas ini, para pelajar diajar membuat tanda nama pada buku menggunakan template MS Word dan memilih mengikut citarasa masing-masing. Dalam kelas ini, para pelajar di ajar memasukkan gambar dan cara mengecik dan membesarkan gambar dengan betul. Tambahan pula, para pelajar telah dijelaskan dengan cara memilih dan menyunting layout gambar mengikut kreativiti masing-masing. Selain itu, para pelajar turut diajar cara menukar font pada tanda nama buku, menukar warna pada halaman tanda nama buku tersebut. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta diberi taklimat ringkas dan tayangan video Klik Dengan Bijak iaitu berkaitan dengan Cybergromming.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada MS Word
- Latihan menggunakan MS Word (Carta Pai)
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: