Kelas Asas ICT (MS Excel)
12 November 2019 | Aktiviti Terkini
Pada Jumaat – 11 November 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu kelas MS Excel bersama pelajar dari Giatmara Lubok Antu. Seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada belia sekitar Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.
Kelas ini bertujuan memantapkan pengetahuan peserta dalam menggunakan menggunakan Microsoft Excel. Dalam kelas ini, para peserta telah di dedahkan dengan cara membuat jadual. Selain itu, peserta juga diajar cara memasukkan data, mengira menggunakan sum serta menukar urutan nombor menggunkan Sort and Filter. Tambahan pula, peserta juga telah diterangkan cara memasukkan dan memadamkan serta menukar cell kepada pelbagai jenis gaya yang diminati. Kelas ini diharapkan dapat membantu peserta menguasai penggunaan Ms Excel dalam menghasilkan jadual.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada MS Excel
- Penerangan terperinci MS Excel
- Latihan
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: