Program 3K Nanga San (Program Klik Dengan Bijak)

1 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 30 April 2019 Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan program Klik Dengan Bijak pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Tr Winston Manai Nanga San, Lubok Antu. Program ini telah dihadiri seramai 164 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Nanga San dan komuniti sekitar Lubok Antu. Para peserta telah diberikan taklimat Klik Dengan Bijak iaitu Bahaya Terlebih Kongsi dan ditayangkan beberapa video KDB.

Taklimat ini adalah bertujuan untuk memupuk nilai kesedar tentang keburukan sekiranya berkongsi secara berlebihan di media sosial. Sebagai aktiviti tambahan, permainan Klik dengan Bijak seperti teka silang kata, puzzle KDB dan Maze KDB telah dijalankan. Tambahan pula, antara aktiviti lain yang dijalankan sempena program tersebut ialah seperti ceramah alaman 3R daripada PALS SMK Engkilili dan ceramah Pencegahan dadah dari PDRM Lubok Antu. Dalam masa yang sama, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah membuka booth kesihatan untuk pengunjung yang hadir bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Berikut merupakan perincian aktiviti yang dijalankan sempena Program 3K Nanga San:

  • Pendaftaran peserta
  • Pengenalan kepada Pusat Internet
  • Ceramah KDB
  • Permainan KDB
  • Ceramah Amalan 3R (PALS SMK Engkilili)
  • Ceramah Pencegahan Dadah (PDRM Lubok Antu)
  • Ucapan alu-aluan dari Tuai Rumah Winston Manai
  • Ucapan dari Pengerusi Program
  • Ucapan daripada Pegawai Daerah
  • Penyampaian cenderamata
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali