Kelas E-Learning (Email)
31 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini
Pada Rabu – 30 Oktober 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas E-learning bersama pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas ini disertai 16 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari Giatmara Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.
Kelas ini bertujuan menambahkan pengetahuan pelajar-pelajar Giat Mara dalam menggunakan email gmail. Dalam kelas ini, para pelajar di ajar membuat akaun gmail dan di ajar bagaimana ingin menghantar email, menghantar pesanan menggunakan hangout termasuklah video call dan membuat group dalam hangout. Disamping itu, para pelajar diajar bagaimana memasukkan dokumen, dan gambar ke dalam email. Para pelajar juga turut didedahkan dengan fungsi pelbagai tombol yang ada pada email seperti achieve, draft, star, important dan mengemaskini gambar profile dan juga status. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan ceramah Klik Dengan Bijak secara ringkas.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Ceramah dan Tayangan Video KDB
2. Pengenalan kepada Email
3. Membuat akaun email peribadi
4. Penerangan terperinci tentang email gmail.
5. Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: