Kelas Keusahawanan (Make up - Basic to advance) Minggu Keempat
1 Disember 2019 | Aktiviti Terkini
Pada Sabtu – 30 November 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas keusahawanan iaitu kelas make-up Zero To Basic bersama dengan komuniti sekitar Lubok Antu. Seramai 22 orang peserta yang menghadiri kelas tersebut. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.
Tujuan kelas ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan komuniti sekitar Lubok Antu dengan bidang keusahawanan yang berasaskan solekan yang dapat menjana pendapat sama ada sampingan atau pendapatan utama. Selain itu, kelas usahawan ini juga diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat serta memperkembangkan bakat sedia ada dalam bidang solekan sekaligus meningkatkan kreativiti dalam kalangan komuniti yang berminat atau yang ingin menceburi bidang ini. Program seperti ini juga dapat membantu golongan suri rumah khasnya dalam menjana pendapatan mereka sendiri disamping membantu kewangan keluarga.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program keusahawanan:
1) Pendaftaran Peserta
2) Advokasi ringkas dan tayangan video KDB
3) Penerangan tentang pemilihan jenis dan alat solekan
4) Praktikal Solekan Asas
5) Penyampaian Sijil dan Hadiah kepada Peserta Terbaik
6) Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: