Kelas Microsoft Office (Word) Minggu Ketiga

21 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu - 20 April 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Kelas ini telah dihadiri seramai 2 orang peserta yang terdiri daripada belia dan usahawan tempatan. Kelas ini diadakan pada jam 2.00 petang hingga 4.30 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Tujuan kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang ingin belajar mendalami penggunaan Microsoft Office iaitu Microsoft word.Dengan adanya kelas seperti ini,peserta berpeluang mempelajari format asas Microsoft Word dengan lebih mendalam.Pada kelas ini,peserta didedahkan dengan fungsi asas pada menu File Microsoft Word seperti penggunaan File NEW,OPEN,SAVE,SAVE AS,PRINT,SHARE,EXPORT dan CLOSE.Peserta juga berpeluang mempelajari cara menggunakan setiap fungsi-fungsi tersebut.Antara latihan yang dihasilkan oleh peserta adalah latihan memotong dan menampal ayat,menukar format warna,saiz dan jenis tulisan pada ayat.Selain itu,peserta membuat latihan menggunakan format Paragraph,Style dan Editing.Antara aktiviti tambahan yang diadakan adalah tayangan video advokasi,akibat terlebih kongsi di media social beserta taklimat ringkas video program advokasi.

Antara aktiviti dan latihan yang diadakan sepanjang kelas adalah seperti berikut:
1.Tayangan video advokasi –Akibat terlebih kongsi di media sosial.
2.Taklimat ringkas video advokasi – Akibat Terlebih kongsi di Media social.
3.Pengenalan kepada Microsoft word.
4.Asas format Microsoft word –File.
5.Latihan menggunakan Font,Paragraph,styles dan Editing.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali