Kelas Pembuatan Roti & Bun secara Teori dan Praktikal Minggu Ketiga
17 April 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 16 April 2018 Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Pembuatan Roti & Bun secara Teori dan Praktikal pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 petang bertempat di PI Lubok Antu. Kelas ini telah dihadiri seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada komuniti setempat.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk membantu komuniti melatih dan memperkembangkan lagi kemahiran yang sedia ada agar dapat menambahkan sumber pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: