Ceramah Advokasi dan Klik Dengan Bijak sempena Majlis Pertandingan Membaca Tahap 1&2 Dalam Bahasa Melayu 2018
6 April 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 5 April 2018 Pusat Internet Lubok Antu telah dijemput sebagai pengacara Majlis Pertandingan Membaca Tahap 1 dan 2 Dalam Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu.Majlis ini bermula pada jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.
Antara tujuan pertandingan membaca ini adalah untuk mencungkil bakat serta kreativiti murid bercerita secara bersahaja,menggalakkan murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan dan karya traditional,membina keyakinan yang tinggi serta semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dikalangan mudrid , dan meningkatkan kemahiran bertutur dan mendengar dalam bahasa melayu.
Peserta –peserta pertandingan ini telah disertai seramai 14 orang peserta dari 7 buah sekolah rendah dari pelbagai kawasan di Lubok Antu.Pihak juri juga diadili oleh seramai 3 orang Guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu.
Setelah selesainya pertandingan membaca tahap 1 dan 2,majlis diteruskan dengan ceramah program advokasi dan klik dengan bijak dari Penolong Pengurus Pusat Internet dimana juga telah dilantik sebagai Pengacara majlis pada hari tersebut.
Majlis telah dilah diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada tetamu jemputan dan juri pertandingan serta penyampaian hadiah kepada peserta Pertandingan membaca.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: