Kelas Asas Ms Word dan Penyuntingan Video Minggu Pertama
4 Disember 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 3 Disember 2018, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas Ms Word dan Asas Penyuntingan Video menggunakan movie maker. Kelas ini telah dihadiri seramai 10 orang pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas ini diadakan dalam dua sesi. Sesi pagi dimulakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 manakala sebelah petang pula jam 1.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.
Kelas Asas Ms Word ini diadakan adalah untuk memberi latihan ICT kepada pelajar Giatmara Lubok Antu. Para peserta telah didedahkan dengan fungsi yang terdapat pada setiap ribon yang ada. selain itu, para peserta juga telah diajar cara menghasilkan header dan surat rasmi. Hal ini bertujuan untuk memperlengkapi para peserta dengan asas penggunaan Ms Word di samping mendedahkan mereka dengan format penulisan surat rasmi yang sebenar. Kelas ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta untuk melatih kebolehan menggunakan Ms Word.
Manakala kelas Asas Penyuntingan Video pula adalah bertujuan untuk memperlengkapi para peserta dengan asas penyuntingan video agar dapat dimanfaatkan pada masa akan datang. Para peserta telah didedahkan dengan cara menyimpan gambar, video dan audio ke dalam movie maker bagi tujuan penyuntingan.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa bengkel literasi maklumat:
- Pengenalan kepada ICT dan Ms Word
- Pengenalan kepada surat rasmi
- Menghasilkan Header
- Menulis surat rasmi
- Pengenalan kepada movie maker
- Penyuntingan Video
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: