Bengkel E- Commerce (Shopee) Minggu Kedua

18 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 17 September 2018 Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Bengkel E-Commerce (Shopee) pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan PI Lubok Antu.Bengkel ini telah dihadiri seramai 2 orang peserta yang terdiri golongan belia sekitar Lubok Antu. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan komuniti sekitar dengan cara penggunaan aplikasi mudah alih seperti shopee bagi tujuan pembelian. Selain itu, bengkel ini juga dapat membantu komuniti sekitar untuk menambahkan pendapatan. Hal ini kerana aplikasi ini membolehkan pengguna untuk melakukan penjualan dan boleh dijadikan pembekal kerana aplikasi ini menyediakan barangan pada harga yang berpatutan.

Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan semasa bengkel diadakan:

  • cara mendaftar sebagai pengguna shopee
  • cara mencari barang dan menggunakan butang carian yang disediakan di dalam aplikasi
  • cara menilai barangan dan membuat perbandingan harga sebelum melakukan pembelian
  • cara mengemaskini alamat bagi tujuan penghantaran barang yang dipesan
  • cara membuat pembayaran
  • cara membuat semakan proses penghantaran barang yang dibeli

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali