Bengkel Poster Kemerdekaan 2018 Minggu Keempat
25 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 24 Ogos 2018 Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Bengkel Poster Kemerdekaan 2018 disertakan dengan taklimat program Advokasi & Klik Dengan Bijak pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 petang bertempat di bilik latihan PI Lubok Antu. Kelas ini telah dihadiri seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah SMK Lubok Antu. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah bertujuan memantapkan lagi ilmu pengetahuan mereka dalam bidang ict dan Microsoft Office dan menghasilkan poster yang bertemakan Kemerdekaan 2018.
Peserta juga didedahkan dengan tayangan video dan taklimat ringkas Program Advokasi iaitu Tanggungjawab dan hak pengguna media sosial dan kesan berkongsi terlebih maklumat di media sosial.Kelas ini mendapat reaksi yang positif daripada peserta dan berharap Pusat Internet akan terus mendidik dan membantu komuniti dalam memperkasakan ilmu ICT mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: