Bengkel Keusahawanan (Asas Solekkan) Minggu Kedua

9 December 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 8 December 2018, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Bengkel keusahawanan iaitu bengkel Asas Solekkan. Bengkel ini telah dihadiri seramai 50 orang peserta dari sekitar kawasan Lubok Antu. Bengkel ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang di Pusat Internet Lubok Antu. Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan komuniti sekitar Lubok Antu dengan program keusahawanan yang dapat membantu para peserta menambahkan pendapatan seharian.

Selain itu, bengkel ini juga diharapkan dapat membantu memperkembangkan bakat yang sedia ada dan meningkatkan kreativiti dalam kalangan peserta. Di samping itu, bengkel ini juga adalah bagi memperkenalkan mereka dengan teknik serta idea baru dalam bidang kecantikan (makeup) yang mengikut peredaran masa. Sebagai aktiviti sampingan, para peserta telah diberi taklimat ringkas berkaitan dengan Advokasi dan Klik Dengan Bijak.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa bengkel keusahawanan:

  • Pendaftaran Peserta
  • Taklimat ringkas Advokasi dan KDB
  • Teori Asas solekkan oleh Puan Foreda Voon
  • Praktikal Asas solekkan
  • Rehat tengahari
  • Cabutan tiket bertuah dan penyampaian hadiah
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali