Bengkel Literasi Minggu Keempat
29 September 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 28 September 2018 Pusat internet Lubok Antu dengan kerjasama Perpustakaan Majlis Daerah Lubok Antu telah mengadakan Bengkel Literasi Maklumat disertakan dengan taklimat program Advokasi & Klik Dengan Bijak pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan PI Lubok Antu. Bengkel ini telah dihadiri seramai 10 orang peserta yang terdiri golongan belia Lubok Antu.
Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan secara menyeluruh kepada peserta bengkel mengenai perlaksanaan program Literasi Maklumat di perpusatakaan serta menyokong initiative Kerajaan Negeri agar rakyat dapat mengaplikasikan serta manfaat dengan sepenuhnya. Tambahan pula, sebagai aktiviti sokongan, para peserta juga telah diberikan taklimat ringkas dan telah ditayangankan video berkaitan dengan program Klik Dengan Bijak dan Advokasi. Melalui aktiviti sokongan tersebut, peserta telah didedahkan dengan kesalahan siber yang dikategorikan sebagai jenayah siber seperti buli siber, maklumat palsu, penipuan internet dan akibat yang akan diperolehi sekiranya berkongsi secara berlebihan di laman sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: