Bengkel Literasi Minggu Kedua
14 September 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 13 September 2018 Pusat internet Lubok Antu dengan kerjasama Perpustakaan Majlis Daerah Lubok Antu telah mengadakan Bengkel Literasi Maklumat disertakan dengan taklimat program Advokasi & Klik Dengan Bijak pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 petang bertempat di bilik latihan PI Lubok Antu. Bengkel ini telah dihadiri seramai 11 orang peserta yang terdiri golongan belia Lubok Antu.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan secara menyeluruh kepada peserta bengkel mengenai perlaksanaan program Literasi Maklumat di perpusatakaan serta menyokong initiative Kerajaan Negeri agar rakyat dapat mengaplikasikan serta manfaat dengan sepenuhnya.Di samping itu juga mereka telah didedahkan dengan program advokasi dan klik dengan bijak dimana ianya adalah salah satu program yang telah dilaksanakan MCMC untuk memberi kesedaran tentang pentingnya keselamatan pengguna internet.
Antara aktiviti program advokasi yang diperkenalkan ialah “check your label”,penipuan internet,berkongsi secara berlebihan dan maklumat palsu.Peserta juga telah diperkenalkan dengan sistem sarawakpay.Laman web paybills dan sistem aplikasi Sarawakpay merupakan salah satu inisiatif digital kerajaan negeri Sarawak dimana sistem ini adalah perkhidmatan untuk membuat pembayaran bil-bil dengan selesa dan mudah hanya dari rumah, atau dari mana-mana sahaja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: