Kelas E-learning & Kuiz Advokasi Minggu Keempat

29 October 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Oktober 2018,Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan aktiviti kelas ICT iaitu Kelas E-learning dan aktiviti kuiz advokasi.Kelas ini bermula jam 1030 pagi hingga 1130 pagi bertempat di Pusat Internet Lubok Antu.Kelas ini telah disertai seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Rendah kebangsaan Lubok Antu.

Tujuan aktiviti ini diadakan antaranya adalah bertujuan untuk memperkenalkan konsep e-learning kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dan juga mendedahkan peserta dengan aktiviti Advokasi.Dengan kelas ini juga peserta dapat memanfaatkan kaedah pelajaran e-learning sebagai peluang untuk menerokai kaedah pembelajaran berasaskan teknologi dan memupuk kesedaran peserta berkaitan dengan keselamatan dan tanggungjawab sebagai pengguna internet.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang kelas adalah penerangan tentang pengenalan kaedah E-learning,taklimat program advokasi ( klik dengan bijak,e-waste dan check your label) dan aktiviti menjawab silang kata online silang kata menggunakan salah satu laman web e-learning iaitu proprof.com.Aktiviti ini telah mendapat sambutan dan reaksi positif dari semua peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali