Asas ICT & Microsoft Office ( Word ) Minggu Pertama

09 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Julai 2018 Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan kelas Asas ICT dan Microsoft Office disertakan dengan taklimat program Advokasi & Klik Dengan Bijak pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 petang bertempat di bilik latihan PI Lubok Antu. Kelas ini telah dihadiri seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah SK Lubok Antu.Tujuan utama kelas ini diadakan adalah bertujuan memantapkan lagi ilmu pengetahuan mereka dalam bidang ict dan Microsoft Office.

Di samping itu juga mereka telah didedahkan dengan program advokasi dan klik dengan bijak dimana ianya adalah salah satu program yang telah dilaksanankan MCMC untuk memberi kesedaran tentang pentingnya keselamatan pengguna internet dan mendedahkan dengan program check your label.Antara latihan yang diadakan sepanjang kelasAsas ICT dan multimedia ialah pengenalan kepada computer serta komponen asas computer,membuat latihan menaip dan menghasilkan kad ucapan sempena Hari Ibu. Pada akhir kelas,peserta menonton tayangan video e-waste dan klik dengan bijak.Latihan ini telah mendapat maklum balas baik serta memberi kesan yang positif kepada peserta yang mengikuti kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali