Kelas Microsoft Office ( Word ) Minggu Keempat
22 Januari 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 21 Januari 2018 Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan kelas Microsoft Word dan disertakan dengan taklimat program Advokasi & Klik Dengan Bijak pada jam 3.00petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan PI Lubok Antu. Taklimat ini telah dihadiri seramai 3 orang peserta yang terdiri daripada golongan pekerja dari Salcra Merindun.
Tujuan utama latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti serta memantapkan lagi kemahiran ict peserta terutama dalam penggunaan Microsoft Office, selain dapat mempromosikan PI serta program-program yang diadakan oleh PI.Selain itu, peserta juga didedahkan dengan program advokasi iaitu teknologi dan anda.Ianya turut memberi kesedaran kepada peserta mengenai pentingnya untuk menyemak sesuatu maklumat sebelum sebar (Klik Dengan Bijak).Antara aktiviti yang diadakan adalah tayangan vieo dan taklimat program advokasi dan klik dengan bijak dan latihan menggunakan Microsoft Word.Latihan dan taklimat program ini telah mendapat maklum balas baik serta memberi kesan yang positif kepada peserta yang mengikuti kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: