Microsoft Office ( Word ) Minggu Pertama
02 Februari 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 1 Februari 2018 Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan kelas Microsoft Word disertakan dengan taklimat program Advokasi & Klik Dengan Bijak pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan PI Lubok Antu. Taklimat ini telah dihadiri seramai 3 orang peserta yang terdiri golongan belia iaitu pekerja dari Salcra Merindun. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah bertujuan memantapkan lagi ilmu pengetahuan mereka dalam bidang ict dan Microsoft Office.
Di samping itu juga mereka telah didedahkan dengan program advokasi dan klik dengan bijak dimana ianya adalah salah satu program yang telah dilaksanankan MCMC untuk memberi kesedaran tentang pentingnya keselamatan pengguna internet dan juga program seperti e-waste dan tanggungjawab sebagai pengguna.Antara latihan yang diadakan sepanjang kelas Microsoft word iaitu memasukkan gambar,mengubah format gambar,mengubahsuai tema dan format dokumen,bekerja dengan ‘header and footer’,table,smart art dan graphic dan penggunaan templates. Latihan dan taklimat program ini telah mendapat maklum balas baik serta memberi kesan yang positif kepada peserta yang mengikuti kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: