Kelas Asas ICT (Microsoft Word & Powerpoint)
18 December 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 17 Disember 2018, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas ICT bersama belia Lubok Antu. Kelas ini telah dihadiri seramai 4 orang peserta yang terdiri daripada belia, pelajar sekolah Menengah dan pelajar lepasan SPM 2017. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan ICT kepada belia Lubok Antu, disamping tujuan membantu peserta cara mengendalikan Word dan Powerpoint agar dapat dimanfaatkan pada masa akan datang. Para peserta didedahkan dengan asas penggunaan Word dan Powerpoint. Peserta juga mempelajari cara menghasilkan Flyer menggunakan Word serta belajar cara menghasilkan video menggunakan Powerpoint. Selain itu juga, sebagai aktiviti tambahan para peserta telah diberikan taklimat ringkas dan menonton tayangan video Klik Dengan Bijak iaitu Buli Siber dan Maklumat Palsu. Tayangan dan taklimat KDB diharapkan dapat memberikan gambaran kepada peserta tentang jenayah atau kesalahan siber yang perlu dielakkan.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa bengkel keusahawanan:
- Taklimat dan tayangan video Klik dengan Bijak
- Pengenalan kepada Microsoft Word
- Menghasilkan flyer
- Pengenalan kepada Microsoft Powerpoint
- Menghasilkan video menggunakan Power Point
- Taklimat ringkas Advokasi (E-Waste)
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: