Bengkel Usahawan (Asas Solekan) Minggu Keempat

26 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos 2018 Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan bengkel usahawan (asas solekan) disertakan dengan taklimat Advokasi & Klik Dengan Bijak pada jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di bilik latihan PI Lubok Antu. Bengkel ini telah dihadiri seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada komuniti sekitar Lubok Antu. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk membantu komuniti sekitar Lubok Antu agar dapat membangun kerjaya dan memperkembangkan lagi bakat yang sedia ada.

Di samping itu, bengkel ini juga diharapkan dapat menjadi batu loncatan bagi komuniti setempat untuk membangun perniagaan sendiri yang berasaskan solekan. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberi taklimat dan ditayangkan video Advokasi dan Klik Dengan Bijak.

Berikut adalah butiran aktiviti yang dijalankan:

  • Tayangan dan taklimat Advokasi dan Klik Dengan Bijak
  • Proses pembelajaran asas solekan melalui teori yang di bimbing oleh Puan Hellen
  • Para peserta mengaplikasikan teori yang telah dipelajari
  • Penyampaian sijil untuk para peserta

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali