Kelas ICT Minggu Kedua

12 December 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 December 2018, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan kelas ICT. Kelas ini telah dihadiri seramai 6 orang peserta dari sekitar kawasan Lubok Antu. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Tujuan kelas ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan pelajar sekitar Lubok Antu dengan kemahiran ICT.

Para peserta telah diperkenalkan dengan kompenen komputer dan sistem operasi. Selain itu, para peserta juga telah diajar menggunakan Ms Word bagi tujuan menulis surat rasmi. Para peserta telah didedahkan dengan setiap fungsi yang terdapat pada ribon dalam Ms Word. Di samping itu, para peserta juga telah dijelaskan dengan cara menyimpan, berkongsi dan mencetak dokument yang telah dihasilkan. Tambahan pula, para peserta juga telah diperkenalkan dengan Ms Powerpoint. Para peserta telah didedahkan dengan cara menghasilkan animasi bagi tujuan pembentangan. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberi taklimat ringkas dan menonton tayangan video KDB.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa bengkel keusahawanan:

  • Pendaftaran Peserta
  • Taklimat ringkas Advokasi dan KDB
  • Pengenalan kepada Kompenen Komputer & Sistem Operasi
  • Pengenalan kepada Ms Word
  • Latihan Menggunakan Ms Word oleh para peserta
  • Pengenalan kepada Ms Powerpoint
  • Latihan menggunakan Ms Powerpoint oleh para peserta
  • Pembentangan slide
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali