Kelas Asas Ms Powerpoint dan Softskill

05 December 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 4 December 2018, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas Ms Powerpoint dan Softskill. Kelas ini telah dihadiri seramai 10 orang pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan ICT kepada pelajar Giatmara Lubok Antu. Para peserta telah diiterangkan cara menggunakan Ms Powerpoint. Selain itu, para peserta juga telah didedahkan dengan fungsi yang terdapat pada setiap ribon yang sedia ada.

Setelah proses teori selesai, para peserta telah diarahkan untuk menghasilkan sebuah pembentangan dalam kumpulan. Hal ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta dengan aktiviti berkumpulan yang sekaligus dapat membina teamwork dalam diri mereka. Tambahan pula, para peserta juga telah didedahkan dengan asas pembentangan (softskill). Para peserta telah ditekankan dengan kepentingan intonasi suara, pergerakan tubuh dan juga komunikasi mata dengan audien agar perkara yang dibentangkan dapat disampaikan kepada audien secara efisyen. Sebagai aktiviti sampingan, para peserta telah ditayangkan dan diberi taklimat ringkas berkaitan dengan Advokasi dan Klik Dengan Bijak.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa bengkel literasi maklumat:

  • Tayangan video Advokasi dan KDB
  • Taklimat ringkas Advokasi dan KDB
  • Pengenalan kepada Ms Powerpoint
  • Pengenalan kepada softskill
  • Proses menghasilkan slide pembentangan oleh para peserta
  • Pembentangan setiap kumpulan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali