Kelas ICT Bersama Pelajar Giatmara

5 December 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 December 2018, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas ICT bersama pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas ini telah dihadiri seramai 10 orang pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan ICT kepada pelajar Giatmara Lubok Antu, disamping tujuan untuk mengeratkan hubungan dengan agensi lain dan juga golongan belia di kawasan Lubok Antu.

Para peserta diberi peluang untuk mengasah minda dengan mengeluarkan idea-idea semasa menjalankan aktiviti diadakan.Selain itu juga,dengan mendedahkan program advokasi dan klik dengan bijak juga dapat memberi peluang kepada peserta tentang pengetahuan pentingnya hak dan tanggungjawab sebagai pengguna internet dan media sosial pada masa kini.Dengan itu,Kelas ini telah berjalan dengan lancar dan telah mendapat maklum balas yang positif daripada peserta yang telah mengikuti kelas ini.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa Kelas ICT:

  • Tayangan video Advokasi dan KDB
  • Taklimat ringkas Advokasi dan KDB
  • Pengenalan Asas Microsoft Publisher
  • Menghasilkan kad perniagaan
  • Menghasilkan logo Perniagaan
  • Mempelajari format dan menghasilkan resume
  • Mendaftar Gmail dan penggunaan Google drive
  • Latihan Asas Microsoft Excel (formula mudah dan menghasilkan Jadual)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali