Ceramah Klik Dengan BIjak & Advokasi Minggu Pertama

03 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 September 2018 Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan ceramah Advokasi & Klik Dengan Bijak pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di bilik latihan PI Lubok Antu. Ceramah ini telah dihadiri seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.

Para peserta telah diberikan taklimat ringkas tentang KDB & Advokasi serta ditayangkan video hendap siber. Ceramah ini adalah bertujuan untuk memberikan ceramah KDB & Advokasi yang berterusan dalam kalangan pelajar supaya dapat memupuk kesederan akan pentingnya menjaga privasi diri agar tidak disalah guna oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali