Kelas Asas ICT (Microsoft Excel)

14 December 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2018, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas ICT bersama belia Lubok Antu. Kelas ini telah dihadiri seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada belia pelajar sekolah Menengah dan pelajar lepasan SPM 2017. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan ICT kepada belia Lubok Antu, disamping tujuan membantu peserta cara mengendalikan excel dan manfaatnya dalam pengurusan kerja dan pengurusan harian.Dengan latihan ini, Pusat Internet turut mengambil peluang memperkenalkan program dan aktiviti Pusat Internet kepada golongan belia di kawasan Lubok Antu.Para peserta berpeluang mempelajari perkara asas penggunaan excel dengan betul dan menghasilkan jadual dan carta ke dalam excel.Peserta juga mempelajari formula mudah dan cara menggunakan formula excel.Selain itu juga,dengan mendedahkan program advokasi dan klik dengan bijak juga dapat memberi peluang kepada peserta tentang pengetahuan pentingnya hak dan tanggungjawab sebagai pengguna internet dan media sosial pada masa kini.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa bengkel keusahawanan:

  • Pengenalan kepada Microsoft Excel
  • Menghasilkan jadual
  • Menghasilkan carta ke dalam excel
  • Tayangan video advokasi ( Check your label)
  • Taklimat program Advokasi

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali