Ceramah Klik Dengan BIjak & Advokasi Minggu Pertama

7 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Januari 2019 Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan ceramah Advokasi & Klik Dengan Bijak pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di bilik latihan PI Lubok Antu. Ceramah ini telah dihadiri seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Para peserta telah diberikan taklimat ringkas tentang KDB & Advokasi serta ditayangkan video buli siber.

Ceramah ini adalah bertujuan untuk memberikan ceramah KDB & Advokasi secara berterusan dalam kalangan pelajar supaya dapat memupuk kesedaran akan pentingnya sikap kendali diri dalam melayari internet. Tambahan pula, para pelajar juga telah diterangkan dengan tindakan yang perlu diambil sekiranya mereka berhadapan dengan masalah buli siber. Sebagai aktiviti sokongan, kuiz KDB dan Advokasi telah diadakan bagi mengukuhkan lagi ceramah yang telah dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali