Bengkel Literasi Minggu Kedua

12 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Julai 2018 Pusat internet Lubok Antu dengan kerjasama Perpustakaan Majlis Daerah Lubok Antu telah mengadakan Bengkel Literasi Maklumat disertakan dengan taklimat program Advokasi & Klik Dengan Bijak pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 petang bertempat di bilik latihan PI Lubok Antu. Kelas ini telah dihadiri seramai 10 orang peserta yang terdiri belia Lubok Antu.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan secara menyeluruh kepada peserta bengkel mengenai perlaksanaan program Literasi Maklumat di perpusatakaan serta menyokong initiative Kerajaan Negeri agar rakyat dapat mengaplikasikan serta manfaat dengan sepenuhnya.Di samping itu juga mereka telah didedahkan dengan program advokasi dan klik dengan bijak dimana ianya adalah salah satu program yang telah dilaksanankan MCMC untuk memberi kesedaran tentang pentingnya keselamatan pengguna internet dan mendedahkan dengan program check your label.

Antara topik yang dibincangkan sepanjang bengkel ialah mengenalpasti maklumat, kaedah pencarian maklumat,Keselamatan bagi alat mudah alih,dunia Siber. Pada akhir kelas,peserta menonton tayangan video dan taklimat ringkas E-waste,terlebih berkongsi di media social dan penipuan internet.Latihan ini telah mendapat maklum balas baik serta memberi kesan yang positif kepada peserta yang mengikuti kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali