E - Learning (Proprof) Dan Email Minggu Ketiga

24 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 23 September 2018 Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan kelas E-learning (Proprof) pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 petang bertempat di bilik latihan PI Lubok Antu. Kelas ini telah dihadiri seramai 6 orang pelajar SMK Lubok Antu. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan penggunaan gmail sebagai identiti individu bagi tujuan pendaftaran di mana-mana digital platform dan pembelajaran berasaskan elektronik iaitu proprof.

Proprof merupakan salah satu perisian yang dapat digunakan untuk pelbagai tujuan kerana proprof meyediakan permainan atas talian yang dapat dikemaskini mengikut keperluan dan situasi setiap individu. Contohnya, permainan teka silang kata, penyelia mahupun peserta boleh menambah, menyunting mahupun mereka perkataan mengikuti keperluan masing-masing.

Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan semasa bengkel diadakan:

  • cara mendaftar dan menggunakan gmail
  • cara menukar profil dan latar belakang gmail
  • cara menggunakan perisian proprof
  • cara menghasilkan permainan atas talian menggunakan proprof

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali